top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00
Search

Minggu Ke - 2 Pembajaan Tanah dan Penyemaian Biji Benih

Writer's picture: Pena Batas Ubi KayuPena Batas Ubi Kayu

Updated: Jan 7, 2019



Selepas kerja-kerja penggemburan tanah dilakukan, tanah haruslah dicampur dengan baja supaya tanah menjadi subur. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.


Terdapat dua kategori baja iaitu:

a) Baja Organik Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.

b) Baja Kimia Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.


Cara-cara pembajaan tanah



22 views0 comments

Recent Posts

See All

Komentarze


bottom of page