Assalamualikum dan selamat sejahtera semua. Pada minggu ini, kami telah mempelajari amali fotosintesis. Pada 03 Disember 2018, sebuah eksperimen telah dilakukan ke atas beberapa helaian daun hijau untuk menjayakan amali fotosintesis ini. Di bawah ini diceritakn dengan lebih terperinci berkaitan eksperimen yang dilaksanakan, ayuh kita lihat :-
Fotosintesis merupakan satu proses menghasilkan makanan oleh tumbuan hijau dengan menggunakan cahaya mathari. Daun mempunyai klorofil untuk memerangkap cahaya matahari. Fotosintesis juga memerlukan karbon dioksida serta air. Hail daripada proses fotosintesis maka akan terhasillah glukosa dan oksigen dan ia disimpan dalam bentuk kanji.
Eksperimen ini dilakukan adalah bagi :-
Untuk menguji kehadiran kanji di dalam tumbuhan hijau.
Seterusnya, mari kita lihat apakah bahan dan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan eksperimen ini. Antara bahan dan peralatan yang perlu digunakan dan wajib ada di ruang kerja atau makmal ujikaji ialah seperti berikut :-
Daun Hijau
Papan Pemotong
Piring petri
Periuk elektrik
Pisau pemotong
Bikar
Tabung Uji
Tisu
Iodin
Alkohol
Forsep
Seterusnya, langkah-langkah untuk pengujian daun ialah :-
Langkah 1 :
Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
Daun dipotong kepada saiz yang kecil bagi memudahkan ia diuji dan dimasukkan ke dalam tabung uji.
Kemudian, masukkan daun yang telah siap dipotong tadi ke dalam air didihan dan rendamkan ia selama 1 minit bagi membunuh dan melembutkan daun untuk proses pengujian kanji.
Masukkan daun ke dalam tabung uji, yang diisi dengan alkohol.
Langkah 2 :
Kemudian, setelah daun siap didihkan di tempat pendidihan pertama, masukkan pula ia ke dalam tempat pendidihan kedua dimana tabung uji yang telah diisikan alkohol bersama-sama dengan daun yang telah lembut.
Pastikan daun direndam mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu 5 minit.
Kemudian, alihkan daun daripada didihan selepas kira-kira 5 minit untuk diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan.
Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji.
Langkah 3 :
Setelah selesai melihat ujian dengan larutan alkohol, daun akan dicuci pula dengan air panas bagi mencuci sisa alkohol yang ada pada daun dan untuk melembutkan daun berkenaan dalam tempoh 1 minit.
Letakkan daun di atas permukaan piring petri dan titiskan satu itis larutan iodin ke atas permukaan daun yang telah selesai dididihkan.
Kemudian, rekodkan pemerhatian yang terhasil selepas larutan iodin dititkan ke atas permukaan daun.
ANALISIS/PEMERHATIAN
Berdasarkan ujikaji yang telah dilakukan, pemerhatian yang dapat diambil ialah daun memperolehi keputusan seperti yang berikut :
Selain itu, apa yang dapat dianalisis di sini adalah pemilihan daun untuk proses pengujian haruslah memiliki ketebalan yang tidak terlalu tebal. Hal ini demikian kerana, apabila daun yang diuji itu memilik ketebalan yang tebal, ia akan mengakibatkan proses untuk melihat perubahan warna daun setelah dititiskan larutan iodin akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, elakkan mengambil atau memetik daun yang tebal kerana ia mengambil tempoh yang lama bagi melayukan dia melalui air didihan.
Kesimpulanya, kami mendapati bahawa warna daun setelah diletakkan iodin menjadi biru kehitaman. Oleh itu, tumbuhan tersebut mempunyai kanji.
Comments