top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00
Search

Minggu ke - 7 : Menuai Hasil Tanaman Sayuran dan Penanaman Semula

  • Writer: Pena Batas Ubi Kayu
    Pena Batas Ubi Kayu
  • Nov 29, 2018
  • 1 min read

Updated: Jan 7, 2019

Pada minggu yang ke-7 ini, kami ditugaskan untuk membuat penuaian terhadap sayur-sayuran yang telah kami tanam seperti sawi, bayam, dan sebagainya. Kemudian, setiap hasil tuaian berkenaan akan dijual kepada warga UTM khususnya mengikut harga pasaran yang terkini mahupun harga semasa. 


Proses penuaian adalah merupakan satu proses yang sangat penting di peringkat akhir dalam penanaman sayuran. Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung kepada iklim, musim penanaman dan jenis sayur.


Setiap batas dibahagikan mengikut kumpulan untuk mengutip sayur yang telah matang, kemudian sebahagian kumpulan lain pula harus membersihkan sayuran tersebut dari sebarang kotoran seperti tanah dan daun-daun yang rosak. Manakala, sebahagian lainnya pula diamanahkan untuk mengasingkan sayuran serta menimbang untuk dipaketkan mengikut berat yang telah ditetapkan.

 
 
 

Comments


bottom of page