1. Fotosintesis
Fotosintesis merupakan sebuah proses dimana hidupan seperti tumbuhan membuat atau menghasilkan makanannya sendiri. Tumbuhan sangat bergantung terhadap kehadiran karbon dioksida, air, cahaya dan klorofil untuk menghasilkan glukosa dan oksigen.
Terdapat beberapa kepentingan fotosintesis, antara ialah : - a. Membekalkan makanan kepada haiwan b. Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera c. Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri d. Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida e. Menambah kandungan oksigen dalam udara
2. Penyerapan
Penyerapan air pada tumbuhan dilakukan dengan dua cara yaitu penyerapan air secara aktif dan penyerapan air secara pasif. Penyerapan air secara akti f dilakukan oleh sel hidup. Pada penyerapan ini sel memerlukan energi. Kemampuan penyerapan air ini dipengaruhi oleh kandungan 02. Apabila akar tanaman mendapat 02 yang cukup proses penyerapanairoleh akar akan berlangsung sangat lancar. Sebaliknya apabilla 02 sangat kurang, penyerapanair oleh akar akan sangat lambatatau tidak terjadisama sekali.
Teori ini dipengaruhi oleh beberapa bukti, antaranya ialah : -
a. Akar tanaman yang hidup pada tanah yang aerasinya buruk, bentuk akarnya menggulung. b. Apabila respirasi dihalangi dengan zat penghalangmisalnya KCN. maka kadar penyerapani air akan berkurang.
c. Absortion air hanya dilakukan oleh sel yang hidup.
Penyerapan air secara pasif terjadi sebagai akibat dari proses transpirasi. Semakin lancar transpirasi, semakin lancarpula absorpsiair oleh akar.
3.Transpirasi Tumbuhan
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.
Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.
Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.
Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.
Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.
Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.
Video di :https://drive.google.com/open?id=11ZJmNGwx2hsoH5Pgdapuky4QkPxDVfz8
4. Respirasi Tumbuhan
Kommentare