top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00
Search

Minggu ke -1 Penyediaan Batas

Writer's picture: Pena Batas Ubi KayuPena Batas Ubi Kayu

Updated: Dec 28, 2018


Tugasan/Aktiviti yang dilakukan :

  • Pensyarah memberi penerangan tentang peraturan dan keselamatan yang perlu dipatuhi sepanjang menjalankan aktiviti di Ladang Fakulti Pendidikan. Dr husna juga memberi taklimat aktiviti amali dan projek yang hendak dilakukan pada minggu pertama.

  • Tugasan pada minggu pertama ialah kami dikehendaki mengemas dan membersihkan kawasan batas masing-masing. Setiap batas terdiri daripada dua orang ahli dan dikehendaki menyediakan tapak pertanian. Panjang dan lebar batas ialah 10kaki x 5 kaki.

  • Batas merupakan kawasan tanah yang ditinggikan dan sebagai pelindung untuk pertanian atau tanaman sayuran. Selain itu, tujuan batas didirikan adalah memastikan tanaman tidak ditenggelami air.

  • Setiap kumpulan akan meletakkan border bagi setiap batas mengikut kumpulan.

  • Seterusnya, setiap kumpulan diarahkan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:


1. Pengemburan tanah


  • Kami bermula kerja dengan menggembur tanah di batas masing-masing dengan menggunakan cangkul/ pencakar.

  • Kedalaman cangkulan tanah mestilah diantara satu kaki atau setengah kaki, bersamaan 12 inci atau 6 inci.

  • Encik Ali juga mengajar dan mendemotrasikan cara memegang cangkul dengan betul supaya tidak mecederakan badan.

  • Selain itu, kami juga menggunakan mesin untukmenterbalikkan tanah bawah ke permukaan dengan menggunakan jentera supaya ia dapat memudahkan kerja kami dan dapat jimat masa.

  • Tujuan tanah digembur adalah supaya tanah menjadi lebih halus untuk memperbaiki saluran, memboehkan akar mejalar dan pengudaraan tanah.


2. Penyediaan tanah



  • Setelah tanah digembur, saya dan rakan-rakan menambah tanah dengan menggunakan kereta sorong ( troli ) untuk menambah tanah sebanyak 8 kali ke batas kami.


3. Proses membuang rumput

  • Kami juga membuang rumpai yang ada di dalam batas kami dengan tangan. Rumpai adalah tumbuhan yang tumbuh pada tempat yang tidak dikehendaki. Ia akan menjadi pesaing tumbuhan dan menyerap nutrien daripada tumbuhan tersebut.

  • Alat-alatan digunakan untuk membuang rumput ialah cangkul, sarung tangan dan juga bakul.

4. Pembaikan tanah ( nutrient diserap )


  • Setelah selesai menggembur tanah, setiap kumpulan diminta melakukan pembaikan tanah iaitu menabur baja organik atas tanah dan gaul rata. Setelah tanah ditabur baja organik, kami menyiram air untuk melembapkan tanah.

  • Tujuan bahan organik adalah memberi kesuburan tanah dan memberi nutrien kepada tanah.

5. Mengecat kayu batas

  • Tujuan kayu batas dicatkan adalah untuk menjadikan kayu boleh tahan lama. Ia mengecat dengan menggunakan cat minyak.

  • kemudian, biarkan cat tersebut kering dan paku di penjuru papan.

6. Sebelum meninggalkan batas, proses siram mesti dilakukan.

113 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page