Pengenalan
Bebawang ialah salah satu contoh pembiakan vegetatif bagi tumbuhan. Pembiakan vegetatif adalah sejenis pembiakan aseks bagi tumbuhan. Melalui proses ini, tumbuhan dapat berkembang biak tanpa memerlukan biji benih atau spora. Genetik anak adalah sama dengan induknya.
Bebawang mempunyai batang yang pendek, biasanya batang itu dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu. Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil. Tunas aksil akan membentuk bebawang yang baru.
Contoh tumbuhan yang membiak secara bebawang ialah:
Pokok bakong (Spider lily)
Bawang
Pokok tulip
Bunga seri pagi
Pembiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi ketahanan penyakit, tahan terendam air dan sebagainya. Selain itu, cantuman dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah. Cantuman juga dapat membaik pulih dahan-dahan dan batang-batnag yang tercedera ataupun tercacat. Akhir sekali cantuman dapat membiakkan tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah-kaedah lain.
Cantuman baji ialah kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal/induk untuk hasilkan pelbagai warna bagi pokok bunga atau dijadikan sebagai pokok tumpang. Selalunya pokok bunga bougainvilla, bunga raya, pokok jambu dan lain-lain menggunakan kaedah ini. Sion diambil dari pokok induk kemudian disatukan dengan pokok penanti (stok) yang telah dibuat belahan berbentuk V.
Cara melakukan pembiakan secara bebawang:
1. Sediakan pokok yang ingin dibiakkan secara bebawang. Contoh pokok yang dipilih ialah pokok spider lily.
2. Potong bahagian atas pokok dan tinggalkan bahagian bebawang di bawah.
3. Potong bebawang kepada beberapa bahagian mengikut bilangan yang kita hendaki.
4. Sediakan tanah sebagai medium tanaman.
5. Tanaman bebawang ke dalam tanah.
Cara melakukan cantuman baji:
1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok penanti. (Pokok induk kepada pokok penanti )
2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
3. Potong belah pada tengah-tengah ranting menggunanakan pisau lipat sedalam 2-3 cm panjang.
4. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji. (seperti gambar di bawah)
5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti. (seperti gambar di bawah)
6. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm.
7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu. Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.
Comments