top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00
Search

M-11 Program Lawatan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Ke Ladang Sekolah Pendidikan, UTM.

Writer's picture: Pena Batas Ubi KayuPena Batas Ubi Kayu

Updated: Dec 16, 2018


Tarikh : 19/11/2018

Masa : 9a.m. sehingga 11a.m.

Peserta : Murid SRITI ( Darjah 1 dan 2 )


Hari Isnin, 19 Nov 2018, terdapat seramai 28 orang murid dan tiga orang guru dari SRITI telah membuat lawatan ke Ladang Sekolah Pendidikan, UTM.

Pada hari Ahad (16 Nov 2018), pelajar SPPH Seksyen 1 telah merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama murid SRITI. Semua meja dan kerusi telah siap disusun di kawasan ruang tapak yang disediakan untuk memudahkan aktiviti dijalankan.


Pada hari Isnin, (17 Nov 2018), sebelum ketibaan murid, kita telah menyusun semua alat peralatan dan bahan-bahan yang akan digunakan di atas meja. Hadiah juga disediakan oleh AJK Protokol. Gambar berikut menunjukkan snek yang dibeli oleh ajk protokol untuk menjadikan sebagai hadiah (ganjaran) kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan semasa sesi soal jawab :



  • Sebelum memulakan aktiviti, kami semua memperkenalkan diri dan melalukan senamrobik dengan muzik yang disediakan.



  • Aktiviti pertama dijalankan ialah cara penanaman pokok. Pelajar SPPH telah membawa murid ke batas masing-masing untuk menerangkan cara penjagaan pokok, merumput, dan mengajar cara penyiraman pokok dengan betul. Murid SRITI juga dikongsi pengetahuan tentang penanaman pokok jagung.



  • Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk aktiviti yang dijalankan ialah kaca kosong/ palang, lumut, tanah, pasir, batu, barang hiasan dan tumbuh-tumbuhan. Tujuan bahan disediakan adalah untuk membuat sebuah mini Terarrium. Aktiviti ini telah dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh tiga orang pelajar dari SPPH Tahun 4.

Gambar di atas menunjukkan bahan-bahan seperti palang, water spray, lumut-lumut dan kaca kosong yang telah disediakan.

Gambar di atas menunjukkan alat menggali tanah (skop), arang batu, dan juga pasir,batu dan tanah sebagai medium terrarium.

  • Sebelum aktiviti bermula, wakil dari pelajar ( Mohamad Fadhli) telah mendemotrasian cara membuat terarrium dan menunjukkan langkah demi langkah terhadap murid SRITI.


Setelah sesi demotrasi dilakukan, aktiviti membuat terrarium mengikut kumpulan telah bermula.

Proses melakukan terrarium secara berkumpulan bersama pelajar SPPH Tahun 4 seksyen 1. Gambar berikut menunjukkan hasil terrarium yang telah berjaya dihasilkan oleh murid-murid:


  • Setelah terrarium dihasilkan, sesi penilaian dilakukan oleh dr husna dan pemenang akan mendapat hadiah oleh ajk ptorokol.

  • Sesi soalan jawab juga dilakukan oleh Siti Nadrad, murid akan ditanya soalan berkaitan dengan aktiviti yang telah dilakukan tadi.



Sesi bergambar bersama murid

-TAMAT-

70 views0 comments

Recent Posts

See All

Komentáře


bottom of page