top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00
Search

Minggu ke -5 Eksperimen biji benih kacang

Writer's picture: Pena Batas Ubi KayuPena Batas Ubi Kayu

Updated: Dec 28, 2018

Percambahan ialah proses tumbuhan mulai tumbuh dari anak benih, spora atau benda lain. Percambahan merupakan peringkat pertama menghasilkan anak benih. Biji benih terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu kulit biji, embrio dan kotiledon. Biji benih adalah berasal daripada ovul yang dinyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Biji benih mengandungi simpanan makan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil Testa, iaitu kulit biji benih.


Makanan dalam biji akan disimpan dalam kotiledon. Biji benih menyerap air dan udara melalui mikropil. Kotiledon akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah. Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baru yang dikenali sebagai radikel. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baru yang dikenali sebagai plumul. Kotiledon akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan sendiri apabila daun baru mulai tumbuh. Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mepunyai air, udara dan suhu yang sesuai.


Pada 8 Oktober 2018, hari isnin, tugasan bagi kursus pembiakan dan pengurusan tanaman pada minggu ini ialah melakukan tiga eksperimen yang berlainan dan aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan bertempat di N30. Untuk menjalankan eksperimen ini, bahan-bahan dan alatan perlu disediakan terlebih dahulu dan seterusnya mengikut kehendak situasi untuk menjalankan eksperimen.


Aktiviti amali pada minggu kelima adalah menjalankan tiga eksperimen yang berlainan, iaitu

A. Keperluan percambahan

B. Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih

C. Percambahan Epigeal dan Hipogeal


EKSPERIMEN 1

A. KEPERLUAN PERCAMBAHAN

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kapas

2. Bekas plastik

3. Tubes

4. Biji benih ( Kacang merah )

5. Air masak



6. Air paip


7. Minyak




Senarai bahan dan alatan yang diperlukan:

  • Piring petri/ bekas platik

  • Kapas

  • Biji benih

  • Air didih yang telah disejukkan


Prosedur:

Sediakan set radas seperti berikut:

i. Masukkan kapas ke dalam 8 bekas plastik yang telah disediakan.



ii. Masukkan 10 biji benih setiap radas.


iii. Semua radas disiram atau renjis dengan air kecuali radas B2.


iv. Labelkan setiap radas untuk set pertama (A1,B1,C1 dan D1 ) dan set kedua (A2,B2,C2, dan D2 )


v. Baca arahan berdasarkan kertas diberi dan memahami keadaan untuk percambahan.;

(a) Situasi Set pertama: A1,B1,C1 dan D1

(b) Situasi Set kedua: A2,B2,C2, dan D2

vi. Lakukan eksperimen 1 berdasarkan situasi diberi berdasarkan arahan dalam kertas.

vii. Perhatikan percambahan biji benih setiap hari/minggu.

viii. Catatkan keputusan selepas seminggu.

SET PERTAMA:


SET KEDUA

📷


KEPUTUSAN: Pemerhatian selepas seminggu

A1

i. Semua biji benih tidak bercambah.

ii. Hal ini disebabkan kapas tidak dibasahkan dan dibiarkan kering letak atas meja. Biji benih tidak akan bertumbuh tanpa sumber air.

B1


i. Biji benih B1 tidak bercambah.

C1


i. Terdapat dua biji benih bercambah di dalam radas,

ii. Tingginya hanya 2cm.

D1


i. Biji benih tidak dapat bercambah kerana biji benih disimpan di tempat suhu yang rendah ( peti sejuk ).





Ekeperimen 2

B. Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih

Eksperimen sains ini adalah mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih. Terdapat beberapa faktor dan keadaan yang hendak dikaji sama ada terlibat atau tidak dalam proses percambahan biji benih. Berikut menunjukkan bahan dan alatan yang perlu digunakan, kaedah, dan prosedur yang perlu diikuti dalam menjalankan eksperimen ini.

Pernyataan masalah:

Apakah keadaan yang diperukan dalam percambahan biji benih?

Hipotesis :

Benih bercambah jika ada air, udara dan suhu yang sesuai.

Pembolehubah:

Dimanipulasikan :keadaan untuk percambahan

Dimalarkan: percambahan biji benih

Bergerak balas: jenis biji benih.


Senarai bahan dan alatan yang diperlukan:

i. 5 unit tabung uji



ii. Rak



iii. Biji benih kacang merah



iv. Kapas



v. Minyak masak



vi. Air didih yang telah disejukkan.



Prosedur/kaedah:

1. Sediakan semua bahan dan alatan yang diperlukan.

2. Lima tabung uji dilabel A,B,C, D dan E.

3. Eksperimen dilakukan berdasarkan rawatan/arahan yang diberi dalam kertas untuk melihat keadaan untuk percambahan.

4. Tabung uji A,B,C dan E diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam kawasan sejuk iaitu peti sejuk.

5. Biji benih diperhatikan selepas seminggu.

6. Pemerhatian direkodkan secara berkumpulan.


KEPUTUSAN:


Analisis:

1. Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.

(a)Tabung uji B:

Tiada air. Tabung B tidak bercambah kerana kapas dibiarkan kering

(b)Tabung uji C:

Tiada udara. Tabung C tidak bercambah kerana air yang telah dididihkan tiada oksigen dan disebabkan lapisan minyak telah menghalang kemasukkan oksigen ke dalam tabung uji tersebut.

(c)Tabung uji D:

Tiada suhu yang sesuai. Tabung D tidak bercambah kerana ia terletak di kawasan suhu yang tidak sesuai iaitu disimpan di dalam peti sejuk.

(d)Tabung uji E:

Tiada cahaya. Tabung E bercambah walaupun biji benih berada dalam keadaan gelap kerana proses percambahan biji benih tidak memerlukan cahaya matahari.


2. Apakah pemboleh ubah:

Dimanipulasikan :

Keadaan untuk percambahan

Dimalarkan:

Jenis biji benih

Bergerak balas:

Percambahan biji benih.


3. Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?

Percambahan biji benih memerlukan air, udara dan suhu yang sesuai.


4. Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?

Tabung uji A.


5. Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?

Minyak digunakan dalam tabung uji C untuk menghalang udara daripada larut dalam air masak.


6. Apakah yang tidak ditemui dalam air masak ( telah didih )?

Udara.


7. Apakah yang berlaku pada tabung uji E. Terangkan jawapan anda.

Biji benih akan bercambah kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah.


8. Kesimpulan eksperimen ini.

Udara, suhu, air yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih.



Eksperimen 3

C. Percambahan Epigeal dan Hipogeal



Percambahan Epigeal berlaku apabila kotiledon akan keluar dari tanah bersama-sama plumul. Contohnya, tumbuhan dikotiledon seperti kacang panjang dan pokok bunga matahari. Percambahan Hipogeal pula apabila kotiledon akan kekal bawah tanah. Hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah. Contohnya, tumbuhan monokotiledon seperti rumput dan pokok jagung.


Radas dan bahan :

i. Bikar 80ML/ Bekas plastik.



ii. Biji benih kacang



iii. jagung



iv. Peat moss




Prosedur:

i. Masukkan 60 ml peat moss ke dalam 2 bikar.



ii. Tandakan A untuk benih kacang dan B bagi benih jagung.



iii. Semaikan dua biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B

iv. Renjiskan biji benih dengan air setiap hari.

v. Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.

vi. Lukiskan gambar percambahan biji benih setelah 5 hari.


ANALISIS:


1.Nyatakan perbezaan antara Epigeal dan Hipogeal.

Percambahan Epigeal berlaku apabila kotiledon akan keluar dari biji/tanah bersama-sama plumul sehingga kotiledon keluar ke atas tanah. Contoh : tumbuhan dikotiledon seperti kacang panjang, kedelai, kacang hijau (Vigna radiata), buncis dan pokok bunga matahari. Percambahan Hipogeal pula apabila kotiledon akan kekal bawah tanah/kotiledon tidak keluar ke atas tanah. Hanya plumul sahaja yang keluar dari tanah. Contohnya,tumbuhan monokotiledon seperti rumput, jagung (Zea mays) dan kacang kapri Pisum Stivum )


2. Apakah yang dimaksudkan Embrio?

Pada tumbuhan, istilah embrio dipakai untuk tumbuhan kecil yang terbentuk dalam biji yang berada dalam biji yang berada dalam keadaan dormansi iaitu (suatu keadaan yang tidak mendukung pertumbuhan normal) dan menunggu kondisi lingkungan yang tepat untuk berkecambah. Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baru yang dikenali sebagai radikel. Kemudian, ia mengeluarkan pucuk baru yang dikenali sebagai plumul. Kotiledon akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Kotiledon akan mengembang dan menyebabkan testa menjadi lembut dan pecah. Secara ringkasnya, plumul merupakan bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk. Radikel ialah bahagian yang membesar menjadi akar dan kotiledon berfungsi menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih.


3. Bagaimanakah mengatasi kedormanan?

Kedormanan akan berlaku apabila biji benih tidak bercambah dalam keadaan biasa. Ia merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud factor-faktor persekitaran yang unik sesuatu habitat. Faktor yang menyebabkan kedormanan ialah kulit biji benih yang terlalu keras dan tebal, embrio belum matang dan disebabkan oleh mekanisma kawalan di dalam biji benih.

Cara untuk mengatasinya adalah mengikis kulit luar dengan menggunakan kertas pasir dan mengikir biji benih dengan kikir besi ataupun meretakkan dengan tukul.


Kedormanan juga dapat diatasi dengan merendam dalam air. Kaedah merendam dengan air panas mesti di antara suhu 77 hingga 100 darjah farenheit. Selain itu, cara lain ialah melembabkan biji benih pada suhu yang rendah. Ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi fisiologi. Biji benih juga boleh direndam di dalam asid. Cara ini dilakukan dengan menggunakan asid sulfurik pekat (ketumpatan spesifik 1.84). nisbah yang digunakan ialah satu bahagian biji benih dengan dua bahagian asid sulfurik pekat (1:2). Selepas itu, dicuci dengan air bersih sehingga tiada lagi kesan asid.


Kesimpulan

Amali pada minggu ini ialah melakukan tiga eksperimen yang berlainan dan aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Konklusinya, untuk menjalankan eksperimen ini, bahan-bahan dan alatan perlu disediakan terlebih dahulu dan seterusnya mengikut kehendak situasi untuk menjalankan eksperimen. Eksperimen ini telah dijalankan dengan menggunakan kacang merah. Keadaan yang diuji adalah melihat sama ada kacang merah di dalam bekas plastik dilembapkan, tidak dilembapkan, terletak di kawasan suhu bilik dan suhu rendah, kawasan gelap atau bercahaya dan menggunakan air dididihkan atau lapisa minyak. Setelah melalui proses eksperimen ini, saya dapati bahawa secara kesimpulannya tumbuhan memerlukan cahaya, air dan suhu yang sesuai untuk mengekalkan proses tumbesaran. Tanpa ada ketiga-tiga sumber tersebut, tumbuhan tidak akan dapat hidup serta membesar. Tumbuhan boleh tumbuh tetapi tumbuh secara tidak sempurna dan akhirnya layu atau mati.

4,642 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page