top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00
Search

MINGGU KE 9 TUT POKOK

Writer's picture: Pena Batas Ubi KayuPena Batas Ubi Kayu

Updated: Dec 28, 2018



Tut merupakan salah 1 teknik untuk menambahkan bilangan pokok buah-buahan tanpa melalui proses menanam biji benih.  Cara tut tidak akan mengubah kualiti buahnya dan anak tut akan mempunyai kualiti yang sama dengan induknya. Sebagai contoh adalah pokok mangga, pokok nona, pokok avocado, pokok belimbing, pokok limau bali, limau kasturi dan pokok tin.


Tut mempunyai 2 jenis Tut:


1.Tut Udara

2.Tut Lenturan


Bahan Bahan

Mempunyai Nutrien Lengkap, dan juga perlu direndam supaya menjadi kembang
Jeffi Pallet

Mempunyai Nutrien Lengkap, dan juga perlu direndam supaya menjadi kembang


Gupalan Tanah / Peat Moss

Nisbah 1:1 ( tanah+cocopeat + Air )

Pengalak akar

Langkah - Langkah:


1. Pilih dahan yang sihat dan tidak dijangkiti penyakit dan kelar keliling dahan dan ke bawah mengunakan pisau dengan jarak 3-5 cm



2. Sapukan keliling kelaran dahan tadi dengan hormon pengalak akar.

Jika menggunakan Jeffi Pallet Tidak perlu sapu pengalak akar

3. Tekupkan gempalan tanah/peat moss/ Jeffi Pallet tadi ke dahan.

Peat Moss

Jeffi Pallet

4. Kemudian, bungkuskan gempalan tadi dengan plastik


5. Pastikan balutan plastik menutupi kesemua gempalan tanah tadi dan ikatkan dengan tali dengan kemas.


Hasil pemerhatian.


Cantuman ini menjadi sekiranya terdapat akar yang tumbuh penuh didalam bungkusan itu. Hasil selalunya dapat dilihat sekitar 4-8 minggu mengikut pada jenis pokok.

Apabila akar sudah kelihatan, kita boleh potong dibahagian bawah akar tersebut dan pindahkan tut ke dalam pasu atau bekas yang mengandungi tanah campuran. Letakkan pada tempat teduh untuk proses hardening. Pemindahan perlulah dilakukan secara berhati-hati kerana akar masih tidak begitu kuat. Elakkan menekan pangkal tut apabila selesai menanam.hanya perlu siram sahaja disekeliling.

357 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page