top of page
Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00
Search

Minggu Ke - 3 Eksperimen Tanah

Writer's picture: Pena Batas Ubi KayuPena Batas Ubi Kayu

Updated: Dec 28, 2018

Pada minggu ini, kami menjalankan uji kaji atau lebih dikenali sebagai eksperimen terhadap tanah yang diambil daripada batas yang ada berdasarkan kumpulan masing-masing. Sampel tanah diambil untuk diuji nilai keasidan serta pH nya bagi melihat sejauh mana kebagusan tanah yang terhasil.


Tekstur tanah adalah terdiri daripada beberapa sifat fizik tanah seperti warna tanah, struktur tanah, kadar air, dan sebagainya. Tekstur tanah juga merupakan perbandingan relatif antara kuantiti atau jumlah debu, tanah liat, dan pasir dalam bentuk peratus. Tekstur tanah memiliki hubungan yang kuat dengan kekerasan, kesuburan, dan produktivi tanah pada sesebuah kawasan. Menurut United States Department of Agriculture (USDA), terdapat beberapa jenis tanah yang dapat ditentukan mengikut segitiga tekstur tanah, iaitu :-

Segitiga Tekstur Tanah (Sistem Atterberg)

1. Sandy (Pasir): Tanah rasa kasar, tidak melekat dan tidak dapat membentuk bebola dan gulungan.

2. Loamy Sand: Tanahnya rasa kasar, sangat sedikit melekat, dan bebola dapat dibentuk tetapi mudah hancur.

3. Sandy Loam :Tanahnya agak kasar , agak melekat, dan bebola dapat dibentuk namun mudah hancur,

4. Loam : Tanah tidak terasa kasar dan tidak licin, agak melekat, dapat membentuk agak kukuh, permukaan berkilat.

5. Silty Loam : Tanahnya terasa licin, agak melekat, bebola dapat dibentuk agak kukuh, dan permukaan berkilat.

6. Silt : Tanahnya terasa licin, agak melekat, bebola dapat dibentuk dengan kukuh, dan dapat digulung dengan permukaan berkilat.

7. Clay Loam : Tanahnya terasa agak licin, agak melekat, dapat membentuk bebola agak kukuh, dan dapat membentuk gulungan yang agak mudah hancur.

8. Sandy-Clay-Loam : Tanah terasa halus dengan sedikit bahagian agak kasar, agak melekat, bebola dapat dibentuk agak kukuh, dan gulungan mudah hancur.

9. Sandy-Silt-Loam : Tanah terasa halus, terasa agak licin, melekat, dan dapat membentuk bebola kukuh, serta dapat membentuk gulungan dengan permukaan berkilat.

10. Sandy-Clay : Tanahnya terasa halus, berat tetapi sedikit kasar, melekat, dapat membentuk bebola kukuh, dan mudah membuat gulungan.

11. Silty-Clay : Tanah terasa halus, berat, agak licin, sangat likat, dapat membentuk bola kukuh, dan gulungan mudah dibuat.

12. Clay : Tanahnya terasa berat dan halus, sangat likat, dapat membentuk bola dengan baik, dan mudah membuat gulungan.


Terdapat tiga kaedah yang bolehg digunakan untuk menentukan tekstur tanah iaitu melalui cara mendapan, cara medan dan menerusi perbandingan kadar pengaliran air melalui tanah.


EKSPERIMENT 1: TENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN


Bahan dan Alatan : Sampel tanah, air dan balang gas

Langkah-langkah :

1. Masukkan 40g hingga 50g tanah ke dalam balang gas.


2. Tuangkan air (30 ml) ke dalam balang gas sehingga ¾ penuh kemudian goncangkan campuran tanah dengan perlahan-lahan sehingga semua radikal serta kumin tanah terpisah.


3. Setelah selesai, balang gas perlu diletakkan di ruang yang tidak diganggu untuk memperoleh hasil eksperimenyang baik. Ia perlu dibiarkan selama 24 jam, tetapi untuk sesi pembelajaran dalam kelas, perlu dibiarkan selama 2 jam tanpa sebarang gangguan.

4. Setelah proses penggoncangan campuran tanah dengan air selesai, proses pengukuran perlu dilakukan. Alatan yang digunakan adalah pembaris kerana bacaan yang digunakan adalah dalam sentimeter (cm).


5. Keputusan peratusan yang diperolehi berdasarkan hitungan pisahan tanah bagi batas 8 dan batas 11 :


Kesimpulan :

Berdasarkan eksperimen yang telah dilakukan, didapati tekstur tanah bagi batas setelah dibiarkan selama 2 jam dan melihatkan hasilnya setelah ketiga-tiga eksperimen dijalankan, akhirnya kami memperolehi keputusannya iaitu jenis tanah bagi kedua-dua batas ialah tanah jenis Sandy Loam.


Ulasan :

Kaedah ini lebih tepat digunakan bagi menentukan tekstur tanah kerana ia dapat dispesifikasikan melalui kiraan peratusan pisahan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.Walaubagaimanapun, kaedah ini juga berpotensi untuk memiliki ralat-ralat yang mungkin mempengaruhi bacaan peratusan dimana ianya dilihat dengan mata kasar serta pengukuran ketinggian pisahan tanah yang telah mendap hanya diukur dengan menggunakan pembaris. Jadi, kebarangkalian untuk menghasilkan bacaan pada ketinggian setiap pisahan akan menjadi kurang tepat.


EKSPERIMENT 2: TENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MEDAN


Bahan dan alatan : Sampel tanah dan air


Langkah-langkah :

1. Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2-3 cm).



2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.


3. Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, gelang, rod berbentuk-U dan rod.


Pemerhatian :

Berdasarkan uji kaji yang telah dijalankan, beberapa pemerhatian dapat dilihat iaitu :

· bebola dapat dibentuk (pasir berloam)

· rod dapat dibentuk (tanah loam)

· gelang dapat dibentuk (tanah liat)

· rod berbentuk 'U' dapat dibentukkan

Kesimpulan :

Berdasarkan pemerhatian terhadap bentuk-bentuk yang berjaya dihasilkan, tanah bagi kedua-dua batas ialah jenis pasir berloam, tanah loam dan tanah liat.


Ulasan :

Kaedah ini kurang tepat berbanding kaedah mendapan kerana tanah tidak dapat ditentukan teksturnya dengan lebih spesifik. Namun, ia tetap boleh digunakan kerana keputusan bagi mengetahui tekstur tanah adalah lebih cepat.


EKSPERIMENT 3 : TENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI PERBANDINGAN KADAR ALIRAN AIR MENERUSI TANAH


Bahan dan Alatan : Tiga jenis sampel tanah (tanah berpasir, tanah loam, tanah liat), air suling, bikar dan gentian kaca.


Langkah-langkah :

1. Keringkan sampel tanah selama 2-3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.

2. Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Langkah keselamatan : Awas ! jangan ambil gentian kaca dengan jari.



3. Sukat 50 ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml.


4. Dalam masa yang sama, tuangkan 50 ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 10 minit.



5. Setelah tamat tempoh selama 10 minit, catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual di bawah ini.

Kesimpulan :

Hasil perbandingan yang diperolehi daripada eksperimen ini ialah semua batas memiliki kadar pengaliran air serta bacaan pH tanah yang baik.


Ulasan :

Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah di dalam corong turas kerana liangnya terlalu halus dan secara tidak langsung ia menghalang aliran air dari sampel tanah.


574 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page